Assalamualaikum
PROMOSI SERTA KEMPEN DALAM MENGEKALKAN WARISAN MUZIUM
KAPAL KOREK TERTUA DI DUNIA
PENGENALAN
Sejarah Negeri Perak Darul Redzuan memang
tersohor dengan perlombongan bijih timah kapal korek iaitu sebagai suatu alat
untuk menggali khazanah berharga dari perut bumi di tempat terbabit. Terdapat
banyak kawasan di Perak yang pernah popular dalam penggunaan kapal korek pada
ketika dahulu tetapi hanya di Tanjung Tualang sahaja yang masih wujud dan kekal
sebagai bahan tinggalan sejarah kepada generasi hari ini tentang bagaimana
bijih timah dilombong dan apakah kegunaan bijih berkenaan kepada manusia.
Bijih timah ditemui di Tanjung Tualang pada tahun
1960 ketika zaman British, manakala kapal korek asal yang terdapat di Tanjung
Tualang pada asalnya berjumlah 40 buah di mana selebihnya telah dijual dan mengalami kerosakan atau karam tetapi yang kekal sehingga sekarang hanya
tinggal sebuah sahaja sejak tahun 1938 sebagai bukti tinggalan sejarah.
PENYELIDIKAN
MASALAH
- Tidak ramai yang tahu
apa fungsi kapal korek dan mungkin ada yang tidak sempat melihat kapal ini
secara lebih dekat. Malah ada yang tidak tahu tempat sebenar kapal korek yang
masih tinggal untuk dijadikan sebagai aktiviti
perlancongan termasuk segelintir penduduk Perak.(kurang pengunjung)
- Tempat perlancongan
yang kadang kala ditutup akibat sering masalah kapal korek yang memerlukan penyelenggaraan
dan dana yang banyak untuk memastikan tidak berlaku kepupusan warisan negara.
- Kurang kesedaran oleh
masyarakat dan kurang mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab dalam membangunkan khazahanah warisan ini.
_ Kurang mendapat
sambutan akibat kelemahan dari segi promosi, perlancongan menjadi kurang
berminat dan kesukaran dalam memahami sejarah dan kepentingan kapal korek
ketika dahulu.
- Kebanyakan perlancong
yang datang memberi pandangan negatif dari segi keselamatan, tempat dan cara
penyelenggaraan kapal dan ini memberi kesan buruk pada pandangan perlancong
lain dan kurang berminat untuk pergi melawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan